Kumpulan Kembara Generasi Melayu (KERIS)

Monday, April 25, 2005

KELAS BAHASA

Tarikh : 18 April 2005 (Isnin)
Tempat : Bilik Global Peace Mission Malaysia (GPM)


Kelas Bahasa telah diadakan pada hari Isnin yang lalu. Kelas ini telah dikendalikan oleh Uncle Zakaria ataupun lebih dikenali dengan panggilan Uncle Z. Uncle Z merupakan seorang rakyat Filipina dan sekarang menetap di Malaysia. Kelas bahasa ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.Walaupun masa yang diambil tidak terlalu lama, kami semua (Grup KERIS-Mindanao) cuba memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mempelajari Bahasa Filipina ini sebagai persediaan kami sebelum berangkat ke Mindanao nanti. Bahasa yang kami pelajari pada hari tersebut ada dua iaitu Bahasa Tausug dan Bahasa Tagalog. Menurut Uncle Z,Tausug merupakan orangnya,manakala bahasa yang digunakan oleh mereka ini dipanggil Bahasa Sug ataupun Bahasa Suluk.Tapi,untuk kali ini bahasa yang lebih diberi tumpuan ialah Bahasa Tagalog kerana bahasa ini adalah bahasa kebangsaan di Filipina.Manakala bahasa Tausug pula adalah bahasa yang digunakan oleh kebanyakan umat Islam di sana dan tidak semua yang dapat berbicara dalam bahasa ini. Apa yang menarik ketika belajar bahasa ini ialah kerana bahasanya sendiri ada banyak persamaan dengan bahasa Melayu yang menjadi ucapan dalam perbualan harian kita. Oleh itu, selepas habis kelas bahasa tersebut , kami cuba mempraktikkan apa yang dipelajari dengan cuba berbicara dalam bahasa Tagalog antara kami semua.




Bahasa Sug / Suluk

Babok – Makcik
Bapak – Pakcik
Apok – Orang tua
Amah – Ayah
Inak – Ibu
Kakak’utok – Abang
Kakak’indak – Kakak
Indak – Adik perempuan
Utok – Adik lelaki


Damit – Pakaian
Badjoh – Baju
Pantalon – Seluar
Sapatos - Selipar





Bahasa Tagalog

Kumusta ka ? - Apa khabar ?
Mabuti…. - Baik….
At ikaw ? - Bagaimana dengan kamu ?
Mabutirin… - Baik juga..

Sino ang pangalanmu ? – Apa nama kamu ?
Pangalanku….(nama sendiri) – Namaku …(nama sendiri)
Aku si …(nama sendiri) – Namaku…(nama sendiri).

Sino ang kasamamu ? – Siapa temanmu / Who’s your companion ?

Kailan ka dumanting ? – Bila kamu sampai / When did you arrive ?
Kailan ang uuwaitmu ? – Bila kamu pulang / When are you going back ?

Ano ang guisto mu ? – Apa yang kamu mahu / What do you want ?
Ano ang kailangan mu ? – Apa yang kamu perlu / What do you need ?
Ano ang bibilihin mu ?– Apa yang kamu mahu beli/What do you want to buy
Ano ang dala mu ? – Apa yang kamu bawa / What do you bring ?
Ano ang ibig mong sabihin ? – What do you mean / Apa maksud kamu ?
Ano ang suot mu ? – Apa yang kamu pakai ?

Mabaya kaw kumaon ? – Awak mahu makan / Do you want to eat ?
Hiapdi aku – Saya lapar
Makansub aku - Saya kenyang
Iyuhaw aku – Saya dahaga
Minum kita – Jom minum / Let’s drink
Minum tubig – Minum air
Minum kahawa – Minum coffee
Kumaon kita tinapay – Jom makan roti / Let’s eat bread
Kumaon kita kaunon – Jom makan nasi / Let’s eat rice
Kumaon kita istah – Jom makan ikan / Let’s eat fish
Kumaon kita sapih – Jom makan daging lembu.
Kumaon kita pancit – Jom makan mee / Let’s eat mee

Tatay – Ayah
Nanay – Emak
Ate – Kakak
Kuya – Abang
Ante - Makcik

Ngayon lang – just now
Kahapon - yesterday
Kanina / Kangina – a while ago
Kanina / Kangina umaga – this morning
Kanina / Kangina hapon – this afternoon
Bu kas – tomorrow
Bukas – open
Tanghali – noon
Magandong umaga – good morning
Magandong hapon – good afternoon
Magandong gabi – good evening
Magandong araw – good day

Isa – 1
Dalawa – 2
Tatlu – 3
Apat – 4
Lima – 5
Anim – 6
Pitu – 7
Walu – 8
Siyam – 9
Sampu – 10

Labin isa – 11
Labin dalawa – 12
Labin Siyam – 19

Dalawampu – 20
Dalawampu’t isa – 21
Dalawampu’t dalawa – 22

Tatlumpu – 30
Tatlumpu’t isa – 31
Apatnapu – 40
Apatnapu’t – 41
Limanpu – 50
Isang daan – 100

Sunday, April 17, 2005

AKTIVITI MINGGU INI

Tarikh : 18 April 2005 (Isnin)
Tempat : Bilik GPM
Masa : 5.00 pm
Aktiviti : Kelas Bahasa Tausug
(Oleh : Uncle Zakaria)


Tarikh : 19 April 2005 (Selasa)
Tempat : Anjung Rahmat
Masa : 8.00 am
Aktiviti : Checklist (setiap minggu)


Tarikh : 19 April 2005 (Selasa)
Tempat : Erfan Hj.M.Ghani
15A,Tingkat 1,Wisma Yakin,
Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur.
Masa : 2.30 pm
Aktiviti : Dapatkan penajaan


Tarikh : 20 April 2005 (Rabu)
Aktiviti : Buat passport

Wednesday, May 26, 2004

SUMBANGAN PAKAIAN DARIPADA ADIK NADIA

KERIS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan seorang adik yang bersekolah di SMK SETIAWANGSA. Walau pun baru sibuk menghadapi ujian pertengahna tahun sifat ingin membantu orang yang susah amat dicontohi. Adik Nadia sebenarnya akan menghadapi peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan November ini. KERIS mendoakan adik Nadia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Jika berpeluang lagi ke Selatan Filipina mungkin adik akan ditawarkan sebagai sukarelawan membantu masyarakat melayu Islam di sana.

SUMBANGAN PAKAIAN DARIPADA ADIK NADIA

KERIS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan seorang adik yang bersekolah di SMK SETIAWANGSA. Walau pun baru sibuk menghadapi ujian pertengahna tahun sifat ingin membantu orang yang susah amat dicontohi. Adik Nadia sebenarnya akan menghadapi peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan November ini. KERIS mendoakan adik Nadia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Jika berpeluang lagi ke Selatan Filipina mungkin adik akan ditawarkan sebagai sukarelawan membantu masyarakat melayu Islam di sana.

Tuesday, May 25, 2004

KEBAB MALAYSIA KE ZAMBOANGA

Bagi projek ekonomi di Zamboanga KERIS telah merancang beberapa produk makanan antaranya Samosa, Burger, Benjo, Roti John, Air Soya dan Kebab. Semua cadangan ini akan dibincangkan untuk respon dan kuasa pembeli di sana. Jika sesuai dan menguntungkan KERIS akan menyediakan modal kepada sukarelawan belia Zamboanga yang berminat dan berpotensi. Tempoh khidmat ekonomi ini dirancang adalah selama 3 bulan. Setiap sebulan sukarelawan harus menghantar laporan bertulis dan bergambar dari segi respon pelanggan dan hasil yang diperolehi daripada bisnes ini. Apabila mendatangkan hasil dalam tempoh 3 bulan, KERIS akan membantu dari segi modal dan tunjuk ajar akan diberikan oleh sukarelawan yang awal yang telah berjaya dalam tempoh 3 bulan sebelum ini. Resipi kebab telah diturunkan oleh Sdr. Iskandar Satria Ishak yang juga merupakan saudara kandung salah seorang sukarelawan KERIS. Semoga projek ini membuahkan hasil, insya-Allah.

BELAJAR RESEPI AIR SOYA

Sukarelawan KERIS sempat mendapatkan resepi air soya daripada seorang kenalan yang sedang menuntut di Universiti Malaya. Tujuan untuk belajar resepi ini adalah untuk bertukar resepi air minuman dengan masyarakat di sana jika dirasakan sesuai dan kalau boleh akan dimarketkan dalam khidmat ekonomi. Keuntungan yang didapati akan disalurkan kepada kelas komputer di Pejabat Global Peace Mission Malaysia. Di samping itu bagi membiayai elaun tenaga pengajar komputer. Menyediakan air soya ini sangat mudah dan sangat sesuai sebagai minuman tenaga. Jika sesiapa yang berminat dengan projek ekonomi di sana boleh hubungi kami di talian 017-6560102.

BELAJAR BAHASA TAUSUG

KERIS telah menganjurkan kelas bahasa Tausug pada 17 Mei 2004 hari Isnin malam. Guru yang mengajarkan kami ialah Uncle Zakaria atau lebih mesra dikenali sebagai Uncle Z. Beliau memang berasal daripada Filipina di wilayah Jolo. Di sana bahasa yang akan dipertuturkan adalah bahasa Tausug atau Suluk. Jolo adalah salah satu tempat yang akan dijejaki oleh KERIS selain Zamboanga di Selatan Filipina. Turut hadir dalam kelas ini koordinator KERIS Abg. Jufitri dan Abg. Wira. Hampir 30% ke 40% sama istilahnya dengan bahasa Melayu. Antara yang mungkin boleh disebut seperti di bawah -

BAHASA TAUSUG - BAHASA MELAYU

Ma unu unu? - apa khabar?
merayau - baik/bagus
kumaon - makan
minum - minum
Na kaon? - Sudah makan?
malasa aku kaimu - saya sayang kamu
jualan - pisang goreng
ista' - ikan
uyum - senyum
ketawa - ketawa
mengaji - belajar
kabuhi iban bakti - HIDUP BIAR BERJASA


Friday, May 21, 2004

SUMBANGAN DARIPADA PUSTAKA SUMBER ILMU

Pada 20 Mei 2004 KERIS telah menerima sumbangan material berbentuk alat tulis dan buku tulis daripada PUSTAKA SUMBER ILMU untuk diberikan kepada masyarakat minoriti melayu di Selatan Filipina. KERIS sempat merakamkan sesi menyerahan simbolik oleh Pengurus Besar PUSTAKA SUMBER ILMU, Sdr. Mohammad Sani Tay Bin Abdullah kepada sukarelawan GPM Sdr. Izwan Suhadak Ishak dan Sdr. Mohd Hilmi Ramli. KERIS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan ikhlas yang diberikan. Sdr. Sani kemudian mengucapkan selamat berkhidmat di Selatan Filipina dan menyampaikan salam kepada masyarakat di sana. Semoga usaha yang dilakukan oleh Sdr. Sani diberkati Allah dan KERIS mendoakan agar bisnes beliau lebih maju, insya-Allah.

Monday, May 17, 2004

INFO PROJEK KERIS

NAMA PROGRAM
Khidmat Sosial dan Kajian Sosio Budaya di Selatan Filipina

TEMA
Kembara Generasi Muda Mengangkat Tamadun Melayu

TARIKH
27 Mei hingga 17 Jun 2004

LOKASI

Zamboanga City dan Jolo, Selatan Filipina

PENGANJUR

Kembara Generasi Melayu (KERIS)
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)
Global Peace Mission (GPM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Royal Heritage Foundation (RHF)






Saturday, May 15, 2004

KELAS RESEPI FROZEN FOOD

Perbincangan awal dengan Uncle Zakaria (Setiausaha Agung Royal Heritage Foundation) telah berjaya mengenal pasti masalah utama masyarakat Melayu di Jolo. Pertama masalah ekonomi (sara diri) dan kedua pendidikan. Terdapat kurang lebih 5,000 masih tidak mempunyai rumah sendiri kerana telah musnah dalam peperangan pejuang pemisah dengan kerajaan. Terdapat penduduk di sana terpaksa yang menumpang di rumah saudara terdekat bagi berteduh dan mendapatkan makanan. Malah wujud dikalangan mereka terpaksa menggunakan bangunan sekolah sebagai rumah tempat berteduh. Jadi sekolah tersebut tidak dapat berfungsi untuk mengajar anak-anak mereka kerana masalah ini.

Lantaran itu resolusi menjana kewangan dikalangan mereka melalui aktiviti harian berjaya dipersetujui bersama. Gerai akan di bina bagi mengajar mereka ini untuk mula berniaga. Antara cadangannya ialah menjual frozen food, burger, benjo, dan lain-lain. Maka kelas resepi Frozen Food telah dianjurkan oleh KERIS dengan menjemput Cik Rasuna Abdul Hamid pakar resipi Frozen Food. KERIS berjaya belajar 3 jenis kuih iaitu Samosa inti (ayam dan kentang) dan donat.

Semoga persedian dengan mempelajari ilmu membuat Frozen Food ini sedikit sebanyak dapat diajar kepada masyarakat di sana.

Cikgu Frozen Food sedang menunjukkan hasil 'Samosa' sebelum digoreng. Bersama membantu Kak Linda


Izwan Suhadak Ishak sukarelawan GPM menunjukkan tanda bagus di sebelah cikgu, Kak Rasuna!!!