Kumpulan Kembara Generasi Melayu (KERIS)

Saturday, May 15, 2004

KELAS RESEPI FROZEN FOOD

Perbincangan awal dengan Uncle Zakaria (Setiausaha Agung Royal Heritage Foundation) telah berjaya mengenal pasti masalah utama masyarakat Melayu di Jolo. Pertama masalah ekonomi (sara diri) dan kedua pendidikan. Terdapat kurang lebih 5,000 masih tidak mempunyai rumah sendiri kerana telah musnah dalam peperangan pejuang pemisah dengan kerajaan. Terdapat penduduk di sana terpaksa yang menumpang di rumah saudara terdekat bagi berteduh dan mendapatkan makanan. Malah wujud dikalangan mereka terpaksa menggunakan bangunan sekolah sebagai rumah tempat berteduh. Jadi sekolah tersebut tidak dapat berfungsi untuk mengajar anak-anak mereka kerana masalah ini.

Lantaran itu resolusi menjana kewangan dikalangan mereka melalui aktiviti harian berjaya dipersetujui bersama. Gerai akan di bina bagi mengajar mereka ini untuk mula berniaga. Antara cadangannya ialah menjual frozen food, burger, benjo, dan lain-lain. Maka kelas resepi Frozen Food telah dianjurkan oleh KERIS dengan menjemput Cik Rasuna Abdul Hamid pakar resipi Frozen Food. KERIS berjaya belajar 3 jenis kuih iaitu Samosa inti (ayam dan kentang) dan donat.

Semoga persedian dengan mempelajari ilmu membuat Frozen Food ini sedikit sebanyak dapat diajar kepada masyarakat di sana.

Cikgu Frozen Food sedang menunjukkan hasil 'Samosa' sebelum digoreng. Bersama membantu Kak Linda


Izwan Suhadak Ishak sukarelawan GPM menunjukkan tanda bagus di sebelah cikgu, Kak Rasuna!!!



6 Comments:

  • "...manakala bahasa yang digunakan oleh mereka ini dipanggil Bahasa Sug ataupun Bahasa Suluk.."
    SAYA INGIN MENARIK PERHATIAN SAUDARA MENGENAI PETIKAN DI ATAS. bAHASA SUG SEBENARNYA BUKAN BAHASA SULUK. Orang Sug adalah berbeza daripada orang Suluk. Benar, bahasa yang ditutur adalah serupa tetapi orangnya berbeza. Contohnya di Brunei, Indonesia, Singapura bertutur bahasa melayu tetapi mereka bukan orang Malaysia. Maka demikian juga halnya tausug (orang SUg) dan Suluk. Ada beberapa sebab..antaranya:
    Tausug - sebenarnya adalah orang Sug (Jolo). Kalau kita samakan Sug itu Suluk ertinya Sabah juga adalah Sug. Mana mungkin!
    Suluk - pula merujuk kepada peribumi Sabah. Orang-orang SUluk inilah yang banyak memperjuangkan tanahair Sabah dari penjajah. Contohnya Mat Salleh. Orang SUluk adalah peribumi Sabah dan warganegara Malaysia! Orang Sug bukan peribumi apatah lagi warganegara Malaysia!
    Namun jangan terkezut... tausug lahir dari dinasti Suluk.
    hubungi saya kalau nak cerita seterusnya di ... bayusabah@yahoo.com

    By Blogger Anak, at 6:26 AM  

  • sebenarnya penjelasan yang telah diutarakan disini adalah tidak tepat dan tidak berpandukan fakta sejarah TAUSUG atau SULUK.
    TAUSUG= adalah daripada dua perkataan TAU (orang) dan SUG (arus) atau dalam bahasa inggris, people of the current. Dan Tausug dipanggil SULUK oleh kerana pada zaman dahulu kala, mereka datang ke Melaka untuk menuntut ilmu. tausug menggunakan bahasa SINUG.

    www.freewebs.com/tausugtiranan/tausug.html

    dan Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu KUPOT dan tarian, Daling-daling.

    SILA RUJUK KE:
    www.tausug.info
    www.bangsamoro.com
    www.laudpiluy.tk
    www.kalawalih.tk
    ...dan sila layari laman web google.com dan cari "tausug suluk"

    By Anonymous laudpiluy, at 12:12 AM  

  • Salam,

    Anak @ bayusabah@yahoo.com rasanya terkeliru tentang pengistilahan Suluk dan Tausug. Sila lawati blog http://tausug-global.blogspot.com untuk penjelasan yang lebih terperinci tentang istilah Suluk dan tausug.

    By Blogger Asreemoro,, at 11:23 AM  

  • Kaum Suluk atau Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Sug (Sinug) sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu kuput/betawi (perempuan), lapi’ (lelaki) dan tarian, Dalling-dalling. Di sabah pusat petempatan bagi orang suluk adalah terletak di daerah Sandakan Kudat,Semporna,Lahad Datu,Kota Kinabalu,Menggatal,Tuaran,Telipok. Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan). Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908),mereka ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.

    Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.

    Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (disebut Holo oleh penjajah Sepanyol).

    Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.

    Orang Banjar pula berasal dari Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.

    Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di Indochina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.

    Unsur-unsur bahasa Jawa juga ada terdapat dalam bahasa Sug ini maka tidak menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.

    BAYU SABAH/psbs2004.blogspot.com

    By Blogger BADAN BAHASA DAN SASTERA (BAHASA) SANDAKAN, at 10:46 PM  

  • SALAM KASILASA
    Melakarkan satu perjuangan bangsa amat sukar dan payah. Saya benar-benar menyanjungi para pejuang kebangsaan sebelum ini yang begitu komited, telus, berani dan yakin. Semangat perjuangan Paduka Muhammad Salleh masih terasa sehingga ke hari ini. Entah adakah semangat ini akan dapat diwarisi oleh anak-anak muda hari ini dalam erti kata yang sebenarnya. Menyedut sedikit aura paduka ini sudah memadai.

    Hari ini, rata-ratanya kita tidak menoleh walau sedikit untuk perjuangan bangsa kita (Suluk/Tausug). Kita begitu rendah dan terpencil bila menyebut 'saya Suluk'. Apalah sangat hinanya bangsa ini di kaca mata pandangan bangsa sendiri. Jangan salahkan bangsa lain bila mengejek bangsa kita mundur dan 'low class'. Kalau kita tidak ber-'taayun' dan 'magpunun' sampai bila- bila pun mereka akan terus memberi pandangan sedemikian.

    Renung dan baca sejarah perjuangan bangsa kita (rujuk buku TAUSUG DANKESULTANAN SULU, karya Asreemoro). Kita gagah. Kita bertamadun. Kita adalah bangsa yang besar malah kita juga adalah penduduk awal di Sabah (rujuk laman blog http://tausug-global.blogspot.com ).

    Tausug adalah kita dan Tausug juga adalah Suluk. Tidak ada yang membezakan antara kedua-duanya. Hanya kita 'terpisah' dari sudut perundangan persekutuan sejak 1963. Itu hakikatnya!

    Budaya kita semakin terhakis. Budaya bangsa yang terkenal suatu masa dahulu kini semakin hilang. Mana perginya sablay? mana perginya pangalay? mana perginya piutu dan sianglag? yang sedihnya MANA PERGINYA BAHASA BONDA (SULUK)? Anak-anak kita tidak tahu bertutur bahasa ibondanya sendiri! Emak Suluk dan bapak Suluk (fasih berbahasa Suluk) tapi anak tidak!

    Pada hemat saya kita memandang rendah terhadap kemampuan bahasa kita sendiri. Kita memberi 'mesej' sendiri kepada anak kita bahawa Suluk satu bangsa yang memalukan.

    Saudara sebangsa saya, kasarnya bahasa saya hanya boleh difahami jika kita benar-benar berada di dunia Suluk itu sendiri.

    HATTA SAWABI ISMAIL

    By Blogger Persatuan Suluk Bersatu Sabah (Sandakan), at 11:02 PM  

  • After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your keris-gptd.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

    Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

    = = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

    In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

    Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
    day!!

    And all it took was 10 minutes to set up and run.

    But how does it work??

    You just configure the system, click the mouse button a few
    times, activate the software, copy and paste a few links and
    you're done!!

    Click the link BELOW as you're about to witness a software that
    could be a MAJOR turning point to your success.

    = = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

    By Anonymous Anonymous, at 12:21 PM  

Post a Comment

<< Home